Posts

Showing posts from September, 2022

tidak gagal

  Noktah akhir saat melangkah  Apabila berputus asa Tidak ada kata gagal dalam usaha Hanya ada kata putus asa yang menolak usaha Berhenti Berehat  Bermula kembali  Kamu Saya Mampu

yang saya layak

Saya sentiasa bertanya setiap kali pulang dari majlis ilmu Adakah layak saya berada di sana Dengan keberatan dosa saya Adakah saya patut berada di situ Apatah lagi untuk membaca hadis atau ayat al-quran  Untuk membaca penulisan maulana zakariya yang suci dan bersih itu Adakah saya layak  Persoalan itu sering menindih fikiran saya setiap kali saya pulang dari majlis ilmu  Saya merenung langit dan bertanya Di mana yang saya layak

bulan yang jauh

Sejauh mana bulan Ia tetap terlihat di mata  Saya sentiasa berfikir Sebeginilah bentuknya ra'yul ilah di padang mahsyar nanti Sewaktu semua langsung bersujud apabila disingkap ساق Saya tertanya saya di pihak apa Yang bersujud atau yang kaku Seperti apa kepingan belakang saya hari itu  Adakah ia lembut sehingga saya dapat bersujud  Atau saya hanya terkaku tidak dapat memaksa diri untuk bersujud walhal Tuhan yang selama ini saya rindui dan cintai tersembah di hadapan saya Saya tidak dapat bayangkan waktu itu Seperti apakah keindahan yang tersergam Tuhan yang saya sangat rindui Tuhan yang saya selalu minta Tuhan yang saya sangat cinta Tuhan saya Pemilik saya Tuhan saya Tuhan saya yang saya tidak jemu bercinta dengan-Nya Kini di depan mata saya Tetapi Di pihak apa saya hari itu  Hitam  Atau Putih

kehilangan

  Kehilangan sebenarnya tidak dijangka Ia boleh berlaku hanya dalam sekelip mata Saya sentiasa lupa perkara itu Sewaktu saya menziarahi keluarga yang baru kehilangan  Saya terbayangkan saya di tempat mereka  Atau saya di tempat orang yang terbaring itu Di mana-mana pun saya, sebuah kehilangan itu telah terjadi Jika saya ialah keluarga. Saya kehilangan orang tersayang. Jika saya yang terbaring kaku Saya juga kehilangan Kehilangan peluang untuk mengisi karung amalan saya

dunia yang tenat

Saya lihat dunia semakin tenat hari demi hari tetapi manusia tetap tidak mempedulikannya kerana sudah terbiasa dengan peringatan sebegitu. Mereka menjenguk peringatan itu sesaat dan menginsafinya kemudian terlupa kembali, tenggelam dalam halwa dunia. Hah, saya di antara manusia itu. Malah saya orang yang paling sengaja melupakannya.  Saya tidak sedar, sungai furat sudah kering. Saya tidak sedar, fitnah semakin luas. Saya tidak sedar, zina merata-rata. Saya tidak sedar, arak diminum tanpa batas. Tidak, sebenarnya saya sedar. Semua manusia sedar, hanya mereka dan saya sering mengabaikannya kerana mengatakan: "Tidak mengapa, kiamat berlaku hanya pada orang kafir" Hah, lalu kamu yakin kamu tidak akan menjadi kafir? Hati dalam diri kamu,  Bukan milik kamu.