dunia yang tenat

Saya lihat dunia semakin tenat hari demi hari tetapi manusia tetap tidak mempedulikannya kerana sudah terbiasa dengan peringatan sebegitu. Mereka menjenguk peringatan itu sesaat dan menginsafinya kemudian terlupa kembali, tenggelam dalam halwa dunia.


Hah, saya di antara manusia itu. Malah saya orang yang paling sengaja melupakannya. 


Saya tidak sedar, sungai furat sudah kering.


Saya tidak sedar, fitnah semakin luas.


Saya tidak sedar, zina merata-rata.




Saya tidak sedar, arak diminum tanpa batas.


Tidak, sebenarnya saya sedar. Semua manusia sedar, hanya mereka dan saya sering mengabaikannya kerana mengatakan:


"Tidak mengapa, kiamat berlaku hanya pada orang kafir"


Hah, lalu kamu yakin kamu tidak akan menjadi kafir?


Hati dalam diri kamu, 


Bukan milik kamu.

Comments

Popular posts from this blog

yang saya layak

tidak gagal