Saya sentiasa bertanya setiap kali pulang dari majlis ilmu Adakah layak saya berada di sana Dengan keberatan dosa saya Adakah saya patut berada di situ Apatah lagi untuk membaca hadis atau ayat al-quran Untuk membaca penulisan maulana zakariya yang suci dan bersih itu Adakah saya layak Persoalan itu sering menindih fikiran saya setiap kali saya pulang dari majlis ilmu Saya merenung langit dan bertanya Di mana yang saya layak
Saya lihat dunia semakin tenat hari demi hari tetapi manusia tetap tidak mempedulikannya kerana sudah terbiasa dengan peringatan sebegitu. Mereka menjenguk peringatan itu sesaat dan menginsafinya kemudian terlupa kembali, tenggelam dalam halwa dunia. Hah, saya di antara manusia itu. Malah saya orang yang paling sengaja melupakannya. Saya tidak sedar, sungai furat sudah kering. Saya tidak sedar, fitnah semakin luas. Saya tidak sedar, zina merata-rata. Saya tidak sedar, arak diminum tanpa batas. Tidak, sebenarnya saya sedar. Semua manusia sedar, hanya mereka dan saya sering mengabaikannya kerana mengatakan: "Tidak mengapa, kiamat berlaku hanya pada orang kafir" Hah, lalu kamu yakin kamu tidak akan menjadi kafir? Hati dalam diri kamu, Bukan milik kamu.
Comments
Post a Comment